TAPAK KOTA BURUK, SUNGAI MUAR

Setelah menunaikan solat asar , kami bertanya dengan imam surau , kebetulan beliau seorang pesara polis. Beliau pernah ke Kota Buruk ketika beliau masih kanak-kanak menaiki basikal. Selepas itu beliau tidak pernah ke Kota Buruk sehingga hari ini. Kami sampai ke simpang jalan masuk kota Buruk sekitar jam 4.40 petang jumaat selepas asar 28 september 2018. Jalan kampung yang sangat sibuk. Dan keadaan Sign Board yang senget tiada siapa yang memperdulikan kehadiran kota bersejarah itu. Keadaan yang senget seperti bekas dilanggar lori-lori kapitalis yang bermaharajalela yang melalui jalan kampung seperti ingin melanyak kota penuh sejarah itu. Tapi ada hadangan dijalan masuk. Kami terpaksa mengangkat besi penghadang untuk memberi laluan masuk Hilux yang kami naiki. Hadangan terpaksa diketepikan, dan tidak tahu siapa yang membuat hadangan disitu. Kami meneruskan perjalanan.Melalui kebun sawit dan jalan tanah merah kepunyaan persendirian. kami meray...