SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH 1
SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH 1
Kg Raja, Pagoh, Muar, Johor.
Kami tiba sekitar jam 10 .40 pagi. Pagi Jumaat Matahari memancar terik. Melalui jalan kampung tetapi masih bertar. dicelah-celah ladang sawit yang berliku kami sampai di hujung pekan kangkar senangar. Tidak jauh dari situ tempat saya di lahirkan iaitu kampung parit pulai. Kami meneruskan perjalanan melalui jalan short cut ke lebuh raya pagoh. Mudah bagi kami untuk menjejaki makam tersebut. Tidak jauh dari jalan utama.
Kami tiba sekitar jam 10 .40 pagi. Pagi Jumaat Matahari memancar terik. Melalui jalan kampung tetapi masih bertar. dicelah-celah ladang sawit yang berliku kami sampai di hujung pekan kangkar senangar. Tidak jauh dari situ tempat saya di lahirkan iaitu kampung parit pulai. Kami meneruskan perjalanan melalui jalan short cut ke lebuh raya pagoh. Mudah bagi kami untuk menjejaki makam tersebut. Tidak jauh dari jalan utama.
Sangat sedikit catatan dan sumber yg kita boleh dapatkan tentang riwayat hidup Sultan Alauddin samada hilang atau sengaja di hilangkan oleh musuh2 politik beliau berbanding dengan sumber yg meriwayatkan kisah tiga sultan iaitu Parameswara dgn pembukaan Melaka, Sultan Mansur Syah dgn zaman kegemilangan dan Sultan Mahmod zaman kejatuhan.
Nama sebenar Baginda adalah Raja Hussein beribukan Raden Galoh Cendera Kirana seorg puteri keturunan Jawa. Baginda mempunyai ramai adik beradik sebapa tetapi bukan sbagai perwaris takhta kerana pada masa tersebut, kekanda beliau, Raja Ahmad telah dilantik sbagai perwaris takhta.
Raja Ahmad adalah putera sulung Sultan Mansur syah beribukan Puteri Onang Sari dari kerajaan Pahang. Kedua2 putera ini mempunya perwatakkan yg sangat berbeza. Raja Hussein lebih gemar menuntut ilmu agama dan persilatan manakala Raja Ahmad lebih suka berfoya-foya dengan gundik-gundik istana serta sombong dan bongkak.
Kecintaan Raja Hussein kepada ilmu tasawuf telah membawa beliau berguru dengan seorang ulama dari Negara China walaupun pada mulanya ulama tersebut menolak utk mengambil Raja Hussein sbagai anak muridnya kerana status beliau sbagai putera raja.
Sikap yg berbeza dari kedua2 putera ini menggusarkan hati rakyat jelata kerana seboleh2nya rakyat tidak mahu Melaka diperintah oleh sultan yg zalim tetapi mereka terpaksa terima kerana Raja Ahmad telah dilantik sbagai perwaris takhta.
Sifat zalim Raja Ahmad ini terserlah apabila Tun Besar, anaknda Tun Perak di bunuh hanya kerana kepala baginda terkena bola sepak raga dan destar baginda terjatuh semasa baginda bersiar2 menunggang kuda.
Tun Perak sedih dan marah lantas menggesa Sultan Mansur Syah menghukum putera baginda dgn melucutkan Raja Ahmad dari menjadi perwaris raja. Sultan Mansur Syah menghormati pandangan Tun Perak lantas mengarahkan Raja Ahmad di hantar ke Pahang sbagai pemerintah di sana.
Atas nasihat Tun Perak juga, Raja Hussein di angkat sbagai perwaris Raja dan apabila Sultan Mansur Syah mangkat pada tahun 1477, Baginda di tabal menjadi sultan melaka yg ketujuh dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Syah.
Pertabalan baginda sbagai Sultan disambut dengan penuh rasa syukur oleh rakyat Melaka. Semasa upacara pertabalan dijalankan ,Baginda enggan memakai rantai emas dan baju sutera kerana ianya bercanggah dgn ajaran islam.
Walaupun rakyat gembira dengan pertabalan tersebut tetapi Raja Ahmad menyimpan dendam kerana berasakan bahwa beliau sepatutnya org yg layak menjadi Sultan Melaka dan beliau tidak boleh menerima yg kedudukkan beliau adalah lebih rendah dari adiknya kerana status pahang sbagai jajahan takluk melaka.
Menurut catatan Tom Pires, Sultan Alauddin Riayat Syah amat memberi perhatian keatas islam dan urusan-urusan masjid berbanding urusan lain malah beberapa catatan sejarah, Sultan Alauddin bukan sahaja diakui sbagai sultan yg berperibadi soleh malah beliau memilikki pengetahuan agama yg luas dan mampu mengajar ilmu agama kepada pemerintah2 dibwah jajahan takluknya seperti kampar dan inderagiri.
Politik istana pada masa tersebut sangat kotor, bukan sahaja Raja Ahmad tidak bersetuju dgn pertabalan tersebut. Pembesar2 istana terutamanya keturunan india muslim turut tidak menyenangi Sultan kerana mereka cenderung kepada Raja Ahmad tetapi mereka tidak dapat berbuat apa2 sbb baginda disokong kuat oleh Tun Perak.
Pergeseran antara Sultan dgn pembesar2 india muslim ini memang telah diketahui sejak zaman Sultan Muzaffar lagi.
Sultan Alauddin amat memahami senario tersebut dan utk meleraikan kekusutan dan menyambung silaturrahim, baginda mengambil keputusan utk berkahwin dengan anak salah seorang pembesar india muslim bernama Tun Senaja, anak Tun Ali.
Sultan Alauddin amat memahami senario tersebut dan utk meleraikan kekusutan dan menyambung silaturrahim, baginda mengambil keputusan utk berkahwin dengan anak salah seorang pembesar india muslim bernama Tun Senaja, anak Tun Ali.
Sejak baginda mengambilalih pengurusan kerajaan, baginda telah mentadbir dgn jujur,cekap dan amanah tetapi baginda juga tidak menyenangi sebahagian pembesar2 india muslim yg khianat. Baginda melantik Hang isap dan Hang Siak sbagai pembantu baginda kerana mereka berdua adalah rakan seperguruan sejak kecil tetapi pembesar2 semakin membenci baginda dgn perlantikkan itu.
Undang2 islam pada pemerintahan Baginda di laksanakan dengan tegas sekali. Baginda menjadikan Khalifah Saidina Umar Al Khatab sbagai contoh dalam corak kepempinannya. Sebagaimana yg dilakukan oleh Saidina Umar bersama2 pembantunya Aslam di mana sahabat nabi itu berjalan2 diwaktu malam utk melihat keadaan rakyatnya,Baginda Sultan juga melakukan perkara yg sama.
Pada satu mlm, baginda bersama kedua2 org kanannya berjalan utk melihat keadaan Melaka. tiba2 mereka ternampak beberapa org penyamun sedang merompak di sebuah rumah penduduk Melaka, mereka cuba menangkap penyamun tersebut tetapi terjadi pergelutan dan penyamun tersebut berjaya di bunuh.
Keadaan tersebut sangat mendukacitakan Baginda Sultan kerana pegawai yg di amanahkan utk menjaga keselamatan rakyat tidak menjalankan tugasnya. Keesokkan harinya, Baginda memberi amaran kepada Datuk Temenggung supaya bertugas dengan baik tetapi tindakkan menegur itu dianggap sbagai membuka aib menambahkan lagi dendam pembesar2 yg bencikan baginda.
Sebagai ketua agama dan penegak undang2 islam, Baginda terkenal sbagai sultan yg adil dlm melaksanakan hukuman. Seorang pembesar melaka berketurunan india muslim telah ditangkap kerana melakukan maksiat bercumbu-cumbuan dgn seorg wanita di pelabuhan melaka. Tun Manikam namanya, beliau telah di hadapkan di hadapan Sultan Alauddin utk di adili. Permaisuri sultan iaitu Tun Senaja merayu supaya Baginda melepaskan sepupunya itu iaitu Tun Manikam tetapi di tegur oleh baginda kerana membela pesalah.
Setelah dibicarakan dan didapati bersalah, akhirnya Tun Manikam dijatuhkan hukuman 20 kali sebat oleh baginda dan hukuman itu dijalankan di khalayak ramai utk memberi gambaran dan pengajaran kepada rakyat melaka supaya tidak menginkari perintah agama yg melarang perbuatan maksiat.
Rakyat melaka yg menyaksikan hukuman tersebut sangat mengagumi keadilan baginda kerana tidak pilih kasih dalam menegakkan keadilan.
Pernah terjadi perang di zaman Sultan Alaudin dimana kerajaan Aru cuba untuk melanggar Melaka kerana beranggapan bahwa Melaka tidak sekuat dahulu. Pada zaman Sultan Mansur Syah, Aru tidak berjaya di tawan oleh Melaka kerana pada masa itu mereka mempunyai ramai pahlawan yg hebat. Sultan Alauddin membalas serangan dari Aru dan akhirnya berkesudahan dgn kekalahan teruk di pihak Aru.
Tawanan2 perang dilayan dengan baik, ikatan dilepaskan dan diberi makanan serta minuman. Tawanan yg bukan islam diajar tentang islam dan silaturrahim. Baginda juga menegah pembesar2 Melaka menjadikan tawanan2 ini sbagai hamba. bukan sahaja tawanan2 itu terkejut malah rakyat serta pembesar juga terkejut dgn tindakkan baginda sultan.
Tun Perak sebelum kematiannya telah meninggalkan pesan kepada Baginda Sultan supaya berhati2 kerana baginda mempunyai ramai musuh dalam dan luar istana. Tun Perak dikatakan meninggal dipangkuan baginda sultan kerana sakit tua dan itulah kejadian yg paling menyedihkan baginda sepanjang hidupnya, kehilangan seorang pelindung, penasihat dan org yg di sayangi serta dianggap sbagai bapa.
Setelah kematian Tun Perak, maka politik istana berkecah kembali , cubaan baginda utk melantik Tun Kerutup sbagai pengganti bandahara tidak berjaya kerana di halang dan di tentang oleh permaisuri baginda Tun Senaja dan sebahagian besar pembesar istana. Untuk mengelak persengketaan berpanjangan, maka baginda terpaksa akur dengan kehendak para pembesar istana yg mahukan Datuk Seri Maharaja menjawat jawatan bendahara menggantikan Tun Perak.
Musuh2 baginda merasakan bahwa peluang utk menghapuskan Sultan semakin cerah dgn kematian Tun Perak dan perlantikkan org kepercayaan mereka sbagai bendahara.
Sultan Alauddin mencari jalan bagaimana caranya utk mengelakkan rampasan kuasa dari pembesar2 maka baginda mengistiharkan undang2 islam akn diperketatkan, baginda juga mengistiharkan pemerintahan islam melaka akan ditukar seperti pemerintahan khalifah umar al khattab, baginda juga menubuhkan majlis syura dan membawa ramai alim ulama masuk ke dlm pemerintahannya.
Setelah menyusun kembali pentadbiran, baginda melantik putera baginda Raja Zainal sbagai pembantu urusan pentadbiran. Baginda yg masih lagi sedih dgn kematian Tun Perak, merasakan perlu untuk keluar dari urusan istana. Baginda berniat utk menunaikan fardu haji di Mekah dan slpas itu menziarahi Sultan Beyazid 11 (1481-1512) yg merupakan putera Sultan Muhammad Al Fateh ( 1451 - 1481 )
Kira-kira sebulan sebelum berangkat ke Mekah, baginda bercadang utk beruzlah di PAGOH sepanjang bulan ramadhan.
Apabila tiba bulan Ramadhan, baginda semakin sibuk mengerjakan ibadah solat malam,membaca AL Quran dan berzikir di tempat baginda bersemayam di Pagoh.
Apabila tiba bulan Ramadhan, baginda semakin sibuk mengerjakan ibadah solat malam,membaca AL Quran dan berzikir di tempat baginda bersemayam di Pagoh.
Pada suatu hari di bulan Ramadhan, baginda terdengar suara org dtg memberi salam. Apabila baginda membuka pintu, baginda melihat isterinya Tun Senaja, Raja Ahmad dan beberapa pembesar istana berada di luar istana hinggap tersebut.
Tujuan kedatangan mereka adalah utk memohon maaf sebelum keberangkatan baginda ke Mekah disamping itu mereka ingin berbuka puasa bersama2 baginda. Sultan Alauddin menyambut baik hasrat mereka walaupun tahu mereka smua adalah musuh dalam selimut yg sangat berbahaya spt yg di beritahu oleh allahyarham Tun Perak.
Baginda bersangka baik dgn kedatangan mereka dan ketika tiba waktu berbuka puasa, Tun Senaja menghidangkan juadah berbuka yg dibekalkan dari Melaka utk disantap bersama dgn Raja Ahmad dan pembesar2 Melaka.
Setelah selesai solat fardu dan tarawih secara jemaah yg di imamkan oleh Sultan Alauddin, rombongan tersebut meminta diri utk pulang ke Melaka, Selang berapa hari kemudian, baginda mula mengalami sakit perut dan muntah darah. Tahulah baginda yg baginda telah di racun.
Setelah menderita sakit selama tujuh hari, akhirnya baginda menghembuskan nafas yg terakhir di istana hinggap PAGOH pada bulan ramadhan 1488 tanpa smpat menamakan pengganti baginda. Baginda dimakamkan di Pagoh dan di gelar marhum berdarah putih ,berangkali merujuk kepada kesucian peribadi Sultan Alauddin Riayat Syah.
Baginda mangkat pada usia 30 tahun dan sempat memerintah selama sebelas tahun. Zuriat baginda ialah Raja Zainal,Raja Munnawar,Raja Hitam,Raja Mahmud dan Raja Fatimah.
Pengganti beliau adalah Raja Mahmud yg masih berusia belasan tahun dan paling bongsu tetapi pembesar2 istana mengenepikan Raja Zainal yg sblum ini dilantik sbagai pemangku raja.
Tujuannya pembesar2 tersebut ialah lebih mudah untuk mengawal sultan yg muda spt Raja Mahmod dan tiada pengalaman berbanding Sultan yg berwibawa spt Raja Zainal.
Akhirnya Raja Mahmood ditabalkan menjadi sultan melaka kelapan dgn gelaran Sultan Mahmod Syah dan baginda juga adalah Sultan Melaka yg terakhir.
Mohon share tuan
ReplyDeleteBapak sedara saya cakap keturunan sultan alaudin berpakat taknak pakai gelaran pada pangkal nama sbb takut dibunuh portugis.
ReplyDelete