TAPAK KOTA BURUK, SUNGAI MUAR


Setelah menunaikan solat asar , kami bertanya dengan imam surau , kebetulan beliau seorang pesara polis. Beliau pernah ke Kota Buruk ketika beliau masih kanak-kanak menaiki basikal. Selepas itu beliau tidak pernah ke Kota Buruk sehingga hari ini.



Kami sampai ke simpang jalan masuk kota Buruk sekitar jam 4.40 petang jumaat selepas asar 28 september 2018.

Jalan kampung yang sangat sibuk. Dan keadaan Sign Board yang senget tiada siapa yang memperdulikan kehadiran kota bersejarah itu. Keadaan yang senget seperti bekas dilanggar lori-lori kapitalis yang bermaharajalela yang melalui jalan kampung seperti ingin melanyak kota penuh sejarah itu.



 Tapi ada hadangan dijalan masuk. Kami terpaksa mengangkat besi penghadang untuk memberi laluan masuk Hilux yang kami naiki. Hadangan terpaksa diketepikan, dan tidak tahu siapa yang membuat hadangan disitu.


Kami meneruskan perjalanan.Melalui kebun sawit dan jalan tanah merah kepunyaan persendirian.



kami merayau-rayau dalam kebun sawit hampir setengah jam. Tiada petunjuk tentang kota Buruk. Kami nampak Hilux dalam keadaan laju. Sambil menjerit-jerit. Nampaknya ada tanda positif. Kami menaiki Hilux menuju ke kawasan lebih dalam. tapi sebenarnya kami menuju ke tepi sungai.

 
Kami sampai ke kawasan tapak Kota Buruk.  Kawasan semak samun. Sign Board yang tinggi memudahkan pencarian kami.


Cikgu Ismail menebas sekitar tapak kota Buruk. Membersihkan kawasan tugu peringatan. Lama juga membersihkan kawasan tapak, baru  kami mengambil gambar.



Batu Catatan yang  dibina oleh Pihak Muzium Negara Malaysia.


Kami cuba membaca  catatan yang dibuat oleh Muzium Negara. Barangkali catatan ini boleh menerangkan kedudukan kota Buruk yang kami lawati.


Pihak Muzium sepatutnya lebih perihatin dalam menjaga khazanah ini.


Sebelum itu kami masih tak perasan akan kubur yang jauh tersorok dari pandangan kami.


Kawasan tapak Kota Lama agak luas. Kami masih tak nampak sungai muar. Tapi dari telahan kami ia sebenarnya dekat dengan tebing sungai. 


Kami nampak makam yang berpagar besi. Dan batu Aceh. Bentuknya telah kami kenal. Kawasan itu terlindung.


Bersebelahan makam tersebut ada kolam. Kami tak pasti untuk apa kolam tersebut. Di kawasan makam tersebut terdapat juga beberapa kubur. mungkin kubur pengikut atau kubur lama.
Menurut Cikgu Ismail ini adalah satu lagi contoh Batu Aceh. Isteri temenggung Kornit.


Batu Aceh





Dari jauh Kami nampak pokok nipah. 


Apabila kami ke kawasan makam rupanya kawasan Kota Buruk itu  berhampiran tebing sungai muar. Cantik pemandangan kota dari tebing sungai ini.
Pandangan dari sebelah sungai berhampiran  Makam Konit

Comments

Popular posts from this blog

Tun Mamat dari Melaka ke Bukit Inas, Seri Medan

SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SYAH 1